Friday, 18 October 2013

Jualan-jualan itu tiga perkara




Jualan-jualan itu tiga perkara. Satu daripadanya jual ain yang dilihat, iaitu yang hadhir, maka ianya harus apabila didapati syarat-syaratnya, daripada keadaan barang jualan itu suci diambil manfaat dengannya terboleh penyerahannya ada penguasaan diatasnya bagi orang yang berakad.


Tidak dapat tidak pada jualan itu daripada ijab dan kabul. Maka yang pertama itu seperti kata penjual atau orang yang berdiri pada tempatnya “aku jual kepada kamu”  dan “aku beri milik kepada kamu dengan sekian”. Keduanya seperti kata pembeli atau orang yang berdiri pada tempatnya “aku beli” dan “aku terima milik”, dan seumpama keduanya.


Dan yang kedua daripada beberapa perkara itu adalah jualan sesuatu yang disifatkan didalam zimmah (tanggungan diri), yang dinamakan ini dengan salam, maka harus jika didapati ada pada benda itu sifat yang diatas apa yang benda itu disifatkan dengannya, daripada sifat-sifat salam yang akan datang.


Dan ketiganyajualan ain yang ghaib yang tidak dilihat bagi dua orang yang berakad, maka tidak harus jualannya. Yang dikehendaki dengan harus pada tiga ini adalah sah. Kata musannif “tidak kelihatan” menyedarkan bahawa ain itu jikalau telah dilihat kemudian ghaib disisi akad bahawa ianya harus. Akan tetapi tempat demikian itu  adalah ain yang tidak berubah pada ghalibnya dalam tempoh yang menyelangi diantara nampak dan belian itu.


Rujukan: Fathul Qarib

No comments:

Post a Comment