Showing posts with label POTENSI PASARAN. Show all posts
Showing posts with label POTENSI PASARAN. Show all posts

Friday, 30 October 2015

STATISTIK PENGGUNA HANDPHONE

Pada tahun 2006, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan bilangan pengguna prepaid di Malaysia adalah seramai 21.5 juta dan membelanjakan hampir 17 juta dalam masa sehari
 Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada tahun 2005. Pengguna telefon bimbit di Malaysia telah meningkat iaitu kira-kira 15 juta orang.
Populasi sasaran kajian yang dibuat adalah bedasarkan seluruh pengguna telefon untuk semua platform digital di negara-negara derutamanya pengguna rangkaian 012, 013, 016, 017 dan 019. Samada pengguna pasca bayar atau prabayar.
Bedasarkan kajian tersebut sebanyak 57.4 peratus pengguna telefon bimbit adalah lelaki, manakala 42.6 peratus adalah perempuan.
 
Jika mengikut negeri, Selangor mencatatkan peratusan tertinggi jika dibandingkan dengan negeri yang lain.
 
Mengikut kajian ini juga, kadar sms yang dilakukan oleh penguna Tel juga sangat tinggi….
 
Dibawah ini pula jadual peratus penguna Prepaid dan Postpaid;
 
Ini pula kadar bil yang dibuat oleh rakyat negara ini;
  
Daripada jadual2 tersebut kita dapat membuat kesimpulan bahawa negeri Selangor  mencatatkan jumlah pengguna yang paling tinggi, ini kerana Selangor merupakan ibu negara Malaysia, pusat kegiatan seperti perniagaan, sector pekerjaan, pelancongan dan lain-lain banyak tertumpu di negeri tersebut. Maka jumlah penduduk juga turut meningkat dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika Selangor mencatatkan jumlah pengguna telefon bimbit yang tertinggi.
Selain itu, jumlah pengguna telefon bimbit di Malaysia semakin hari semakin meningkat disebabkan oleh faktor rangkaian telco yang semakin banyak di Malaysia kini.
Contohnya;
Maxis/ Hotlink, Digi, Celcom/Xpax, U-mobile, Tunes-talk dan sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan perbezaan kadar bayaran yang dicaj bagi Telco2 tersebut. Anda boleh membuat pilihan rangkaian telco mana yang lebih menguntungkan diri anda.
Kami pasti anda pasti akan memlih yang mana dapat memberikan penjimatan kepada anda…

Selidik pasaran dahulu

selidik1

APAKAH kelebihan serta risiko dalam melakukan perniagaan dalam Internet?
Lazimnya ramai yang mengetahui kelebihan menjalankan bisnes melalui Internet iaitu kita dapat menjimatkan kos sewa kedai, boleh mencapai sasaran pelanggan di serata lokasi, boleh dijalankan secara 24 jam, kos permulaan yang minimum dan kita juga boleh menjual pelbagai jenis produk mahupun servis.
Selain itu, risiko yang ditanggung juga adalah lebih rendah dan mempunyai kebebasan masa bekerja, menarik pelanggan tanpa had serta peluang menjana pendapatan pasif.
Apakah perkara utama yang perlu ada kepada mereka yang ingin memulakan bisnes Internet? Rata-rata sekarang ini ramai begitu ghairah menjalankan perniagaan, malah pada asasnya apa saja produk pun boleh dijual di Internet dan tiada syarat tertentu. Tetapi ia bertitik tolak kepada kemampuan. Adakah kita mampu menjualnya, modal, pekerja, ruang simpanan, kos penghantaran dan lain-lain faktor, adakah kita mampu menyediakannya? Kalau tidak mampu, maka apa yang perlu kita lakukan? Maka atas sebab itulah kalau kita perhatikan, kebanyakan usahawan kecil dan sederhana hanya menjual produk yang biasa saja atau beberapa jenis saja dalam jumlah kuantiti yang tidak besar. Contohnya, pakaian (kanak-kanak, lelaki, perempuan, Muslimah), makanan tambahan, kosmetik, gajet dan pelbagai lagi.
Paling penting jika boleh, utamakan ciri produk sebelum memutuskan menjual barangan melalui Internet. Antaranya ialah tidak terlalu berat (ini untuk jimatkan kos penghantaran), elakkan barangan yang salah di sisi undang-undang seperti barangan tiruan, cetak rompak dan lain-lain, stok mudah diperoleh atau mudah dihasilkan sendiri.
Itu beberapa ciri boleh kita jadikan sebagai kayu ukur terhadap produk yang berada dalam fikiran kita. Kalau kita mampu dan selaras dengan ciri di atas, maka mungkin produk itu boleh dijual.

Bagaimanakah tips memulakan bisnes Internet? Langkah pertama yang perlu diambil terutama mereka yang baru memulakan perniagaan adalah mengenal pasti masalah pelanggan yang mahu diselesaikan dan siapakah mereka (umur, jantina, lokasi dan lain-lain). Ini langkah pertama.
Seterusnya, kenal pasti sejauh mana saiz pasaran dan sebolehnya kita tidak mahu menjual kepada pasaran yang terlalu kecil dan paling utama tentukan produk sesuai untuk dijual sama ada produk fizikal, digital atau servis.

Selain itu, sediakan medium jualan yang betul seperti menggunakan facebook page ataupun laman web jualan. Bayaran pula boleh melalui akaun bank, kad kredit atau debit (boleh guna paypal).
Gunakan mesej dan ayat jualan yang betul di mana usahawan boleh merujuk ‘copywriting’ yang banyak di Internet. Langkah akhir, lakukan pemasaran kepada sasaran pelanggan dengan menggunakan pengiklanan melalui facebook dan langkah ini akan menjadi mudah jika langkah pertama dilakukan dengan sempurna. Untuk maklumat lanjut boleh melayariblog.smartusaha.com.
Adakah perniagaan yang dilakukan secara online juga boleh gagal? Sesiapa pun mahu berjaya dalam usaha perniagaan Internet dan tidak mahu gagal dan kegagalan pasti akan berlaku apabila kita leka, kurang ilmu dan tidak melakukan sesuatu itu dengan perancangan.
Antara sebab yang boleh menggagalkan perniagaan usahawan itu sendiri adalah tidak membuat perancangan perniagaan jelas di mana mereka hanya membuat perniagaan Internet secara ala kadar dan tiada matlamat. Selain itu, tiadanya promosi dan pemasaran agresif, terancang, efektif dan konsisten. Faktor lain ialah pengurusan kewangan yang teruk dengan hanya mementingkan wang masuk, tetapi wang itu tidak diuruskan dengan baik tanpa merekodkan pengaliran wang masuk atau wang keluar. Selain itu, mereka juga tidak melakukan kajian pasaran sebelum menentukan produk yang perlu dihasilkan atau dijual.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/30

80 billion sms dalam setahun

Picture4

KUALA LUMPUR – Para pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar kira-kira 80 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat mesej multimedia (MMS) tahun lalu, meningkat empat kali ganda berbanding tahun 2008.
Berdasarkan kiraan kasar, jika caj purata perkhidmatan yang dikenakan ialah 20 sen bagi setiap penghantaran, bermakna mereka sudah membelanjakan lebih RM16 bilion untuk SMS dan MMS.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, pengguna telefon bimbit tidak perlu bimbang kandungan SMS dan MMS mereka itu dipantau kerana tahap kerahsiaan serta hak peribadi pelanggan tetap dilindungi.
“Syarikat telekomunikasi tidak menyimpan kandungan SMS, MMS ataupun panggilan video pelanggan.
“Mereka hanya menyimpan log transaksi selama 12 bulan untuk tujuan pengeluaran bil jika wujud pertikaian,” jelasnya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat semalam.

ORANG TERKAYA DI DUNIA 2013 CARLOS SLIM HELU SEORANG JUTAWAN TELCO

1. Carlos Slim Helu
Carlos Slim Helu
Nilai kekayaan: $71 Billion
Produk: Telecom
Asal : Mexico
2. Bill Gates
Bill Gates
Nilai kekayaan: $67 Billion
Produk: Microsoft
Asal: US
3. Amancio Ortega
Amancio Ortega
Nilai kekayaan: $57 Billion
Produk: Zara
Asal: Spain
3. Warren Buffet
Warren Buffett
Nilai kekayaan: $53.5 Billion
Produk: Berkshire Hathaway
Asal: US
5. Larry Ellison
 Larry Ellison
Nilai kekayaan: $43 Billion
Produk: Oracle
Asal: US
6. Charles Koch
Charles Koch
Nilai kekayaan: $34 Billion
Produk: Pelbagai
Asal: US
7. David Koch
David Koch
Nilai kekayaan: $34 Billion
Produk: Pelbagai
Asal: US
8. Li Ka Shing
Li Ka-shing
Nilai kekayaan: $31 Billion
Produk: Pelbagai
Asal: Hong Kong
9.  Liliane Bettencourt & Family
Liliane Bettencourt & family
Nilai kekayaan: $30 Billion
Produk: Pelbagai
Asal: France
10.  Bernard Arnault
 Bernard Arnault
Nilai kekayaan: $29 Billion
Produk: LVMH
Asal: France

RUJUK