Showing posts with label WAKAF. Show all posts
Showing posts with label WAKAF. Show all posts

Sunday, 30 December 2012

Saham Wakaf Dan Wakaf Ganti (Wakaf Ibdal)




Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan Saham Wakaf Dan Wakaf Ganti (Wakaf Ibdal). Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Mengadakan saham wakaf yang musytarik dengan syarikat-syarikat perniagaan melalui belian saham, kemudian diwakafkan dengan tujuan memajukan harta wakaf adalah diharuskan mengikut syarat-syarat wakaf.
     
  2. Wakaf Gantian (wakaf ibdal) ialah bermaksud menukar harta wakaf dengan harta yang lain melalui jualan atau belian atau sebagainya dengan tujuan mengekalkan harta wakaf adalah diharuskan mengikut taqlid pendapat Imam Abu Hanifah.

English Version

 
Waqf Shares and Exchange Waqf (Waqf Ibdal)

Decision:
 
The 4th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 13th -14th April 1982 has discussed the waqf share and waqf ibdal. The Committee decided that:

1. Issuing waqf shares through business companies by selling shares, and then donating them for the purpose to develop the waqf properties is permissible. However the activities must fulfill the waqf terms and conditions.
 
2. Exchange waqf (waqf ibdal) means exchanging the waqf properties with other properties through buying, selling or other means, and this is permitted in order to preserve the waqf. This is permissible according to the opinion of Imam Abu Hanifah
 

Arabic Translation

الأسهم الوقف ووقف إبدال
 
في 13-14 من إبريل لعام 1982م، عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي الجلسة (4) للمباحثة في قضية الأسهم الوقف وقضية وقف إبدال. وأصدر المجلس قراره على النحو التالي :
 
حكم القيام بوقف أسهم مشتركة بين الشركات عن طريق شراء الأسهم، ثم وقفها من أجل تطوير الممتلكات الوقفية جائز وفقاً لشروط الوقف
 
وقف الإبدال هو تحويل أو تبديل ممتلكات الوقف بممتلكات أخرى عن طريق البيع أو الشراء أو غيرهما لغرض المحافظة على بقاء ممتلكات الوقف. وحكمه جائز تبعاً لرأي الإمام أبي حنيفة.

Saturday, 29 December 2012

Langkah-Langkah Membangunkan Hartanah Waqaf MAIN Dari Perspektif Hukum



Keputusan

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-41 yang bersidang pada 3-4 Nov 1996 telah membincangkan Langkah-Langkah Membangunkan Hartanah Waqaf MAIN Dari Perspektif Hukum. Muzakarah telah memutuskan bahawa Wakaf Istibdal dan Saham Wakaf merupakan perkara yang amat baik dan perlu diamalkan pada masa ini kerana pembangunan sedang berjalan dengan begitu pesat sedangkan tanah-tanah waqaf, tapak masjid lama terbiar dengan begitu sahaja dan menyulitkan pihak berkuasa. Maka sudah sampai masanya segala amalan dan urusan mengenai waqaf pada keseluruhannya diubahsuai dengan tidak terikat kepada Mazhab Syafie sahaja manakala kaedah pengurusan didasarkan kepada mazhab Hanafi umpamanya atau mana-mana mazhab atau qaul yang sesuai dengan keadaan dan masa.
Selain daripada itu untuk amalan adalah perlu berhati-hati dan lebih teliti.

Hukum Menyerahkan Sebahagian Tanah Wakaf Kepada Pihak Berkuasa



Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-46 yang bersidang pada 22 Apr 1999 telah membincangkan Hukum Menyerahkan Sebahagian Tanah Wakaf Kepada Pihak Berkuasa. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Tanah wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana darurat yang memerlukan demikian berdasarkan syarat-syarat yang tertentu.
     
  2. Tanah wakaf yang diambil/dipindah milik kepada kerajaan pihak berkenaan hendaklah membayar pampasan mengikut nilai tanah yang diambil atau menggantikan dengan tanah lain yang setara atau yang lebih baik nilainya.
     
  3. Tanah wakaf yang hendak dibangunkan hendakklah dikecualikan syarat penyerahan tanah untuk tujuan pembinaan kemudahan awam seperti jalan, saliran, tapak pencawang letrik dan sebagainya. Bagaimananpun kemudahan awam itu bolehlah dibina diatas tanah wakaf itu.
     
  4.  Bagi tanah wakaf khas untuk tujuan-tujuan tertentu seperti masjid, sekolah dan seumpamanya pihak yang mengambil tanah itu hendaklah memperuntukkan bahagian-bahagian yang tertentu sebagai gantian tanah wakaf yag diambil mengikut nilai semasa bagi mengekalkan status wakaf tersebut. Contohnya bangunan bertingkat-tingkat yang didirikan, beberapa unit tertentu (mengikut nilai semasa) diperuntukkan untuk masjid atau sekolah atau sebagainya seperti yang diniatkan oleh pewakaf.

English Version

 
The Ruling on the Transfer of Part of Waqf Land to the Authority.
 
Decision:
 
The 46th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd April 1999 has discussed the ruling on the transfer of part of waqf land to the authority. The Committee has decided that:
 
1. Ownership of Waqf land cannot be transferred except there is an urgent need (darura) that requires , based on certain conditions.
 
2. As for waqf land transferred to the government, the respective party must pay compensation according to the current value of the land or replace it with other land that has similar or better value
 
3. The to-be-developed waqf land should be excluded from the requirements of land transferred for the construction of public amenities such as road, sewerage, electrical substation and others. As such, the public amenities can be built on the waqf land.

4. For the waqf land specifically meant for mosque, school and alike, the respective authority must allocate specific area as replacement according to current value of the land in order to maintain the status of the waqf. For instance, multi storey building built on waqf land, certain units (according to market value) should be allocated to be made as mosque, school or others to meet the original intention of the endower.
 

Arabic Translation

حكم منح جزء من أرض الوقف إلى السلطات
 
في 22 من إبريل لعام 1999م، عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي الجلسة (46) للمباحثة في حكم منح جزء من أرض الوقف إلى السلطات. وأصدر المجلس قراره على النحو التالي:
 
1. لا يجوز نقل ملكية أراضي الوقف البتة، إلا في الضرورة وبشروط معينة.
 
2. يجب على الحكومة أو السلطات دفع التعويضات على أراضي الوقف المتخذة/ المنقولة إليها وفقاً لقيمة تلك الأرض. أو تقوم بتعويض أصحاب الأراضي بإعطائهم أراضي أخرى مساوية في القيمة أو المساحة.
 
3. يستثنى في تنمية أراضي الوقف شرط تسليم الأراضي لبناء التسهيلات العامة، كالشوارع ومجاري المياه ومحطة الكهربائية وغيرها. ذلك لأن هذه المشاريع يمكن تنفيذها على أراضي الوقف.
 
4. يجور نقل ملكية أراضي الوقف لأغراض خاصة مثل بناء المساجد والمدراس وغيرها بشرط أن يخصص جزء من ذلك المشروع على أنه وقف بحسب قيمة الأرض الحالية من أجل الحفاظ على وضع الأرض بأنه وقف. على سبيل المثال، تمنح الجهة التي قامت ببناء مبنى من عدة أدوار، عدداً من الأدوار مخصصة لمسجد أو مدرسة (حسب القيمة الحالية كما يريدها صاحب أرض الوقف). 
 
Keterangan/Hujah: 
 
LATAR BELAKANG
 
Pada masa ini, pembangunan tanah banyak tertumpu di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Pembangunan tersebut melibatkan pelbagai kategori tanah samada tanah individu, syarikatsyarikat, kerajaan dan tanah wakaf.
 
Bagi melaksanakan pembangunan, tanah-tanah tertentu terpaksa diserah kepada pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Johor Bahru, Majlis Perbandaran Ipoh dan pihak-pihak berkuasa lain. Menurut Akta Pengambilan
Tanah 1960 (Akta 486), Bahagian II, Seksyen 3 memperuntuk bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan (pindaan Akta A999):
 
a.  Bagi apa-apa maksud awam (pindaan Akta A804)
b. Oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat  Pihak Berkuasa Negeri adalah benefisial untuk kemajuan ekonomi Malaysia atau  mana-mana bahagian dari itu atau kepada orang ramai secara am atau mana-mana kelas orang ramai.
 
HUJAH DAN DALIL
 
Apabila tanah wakaf diserah kepada pihak berkuasa, Majlis Agama Islam Negeri akan mengalami kekurangan tanah wakaf, kecuali digantikan tanahtanah yang diambil itu dengan tanah yang lain yang setimpal nilainya, atau membayar pampasan nilai tanah yang telah diambil sekiranya negeri tertentu tidak mempunyai tanah gantian.

Keadaan demikian akan memutuskan pahala wakaf oleh orang yang mewakafkannya. Ini kerana pahala mereka akan terhenti dengan tiadanya wakaf atau amal yang dijariahkan. Di samping itu, akan hilang keyakinan masyarakat Islam untuk mewakafkan harta kepada Majlis Agama Islam terutamanya kawasan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan, seterusnya mungkin menyebabkan imej Majlis Agama Islam terjejas. Selain itu, sumber ekonomi umat Islam yang diperoleh daripada zakat dan wakaf akan merosot, terutamanya apabila harta itu berada di tempat yang strategik.
 
Harta wakaf ialah milik Allah untuk kepentingan umat Islam. Sebarang pengambilan tanah wakaf tidak wajar diserah secara percuma kepada pihak berkuasa. Pendapat Imam Ibu Hanifah yang memberi keluasan dalam mengamalkan istibda, jika istibdal itu lebih memberi faedah yang mendatangkan hasil yang lumayan, sekalipun masjid, kerana hajat dan darurat. Namun begitu Imam Ahmad Ibn Hanbal memberi keluasan istibdal selain wakaf masjid dengan dikenakan beberapa syarat yang tertentu mengikut keadaan tertentu.
 
Imam Malik menegah istibdal kecuali kerana darurat dan berhajat seperti membesarkan masjid atau tanah perkuburan. Adapun wakaf yang alih, di sisi Imam Malik diharuskan kerana istibdal iaitu menukar pada harta wakaf yang alih akan mengekalkan wakaf.
 
Pendapat Imam Syafie seakan-akan sama dengan pendapat Imam Maliki bahkan tidak mengharuskan langsung menjual masjid sekalipun telah roboh dan tidak digunakan. Segala barangan dan peralatan yang berkaitan dengan masjid yang roboh itu hanya dibenarkan sebagai hibah kepada masjid-masjid yang lain.
 
Sumber: Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2009)

Hukum Wakaf Bagi Tanah Bertaraf Hak Milik Terhad




Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-65 yang bersidang pada 13 Oct 2004 telah membincangkan Hukum Wakaf Bagi Tanah Bertaraf Hak Milik Terhad. Muzakarah telah memutuskan bahawa mewakafkan tanah hak milik terhad (leasehold) adalah sah dan diterima oleh syarak.

Hukum Berkaitan Pembangunan Tanah Wakaf Di Bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9)




Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Berkaitan Pembangunan Tanah Wakaf Di Bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9). Muzakarah telah memutuskan bahawa:
 
1. Status Bangunan yang Telah Siap Dibina Di Atas Tanah Wakaf
 
i) Bangunan yang telah siap dibina di atas tanah wakaf tidak menjadi wakaf secara automatik. Sekiranya pihak JWZH ingin mewakafkannya, ia tidak menjadi halangan.
 
ii) Bangunan tersebut perlu didaftarkan sebagai harta wakaf yang baru dan perlu memenuhi rukun-rukun wakaf dan enakmen negeri-negeri.
 
2. Pembangunan Menggunakan Dana Program Pembangunan Harta Wakaf RMK 9 Di Atas Tanah Baitulmal Milik MAIN
 
i) Tanah baitulmal milik MAIN dan bangunan yang dibina di atas tanah tersebut yang menggunakan dana program pembangunan Harta Wakaf RMK 9 boleh didaftarkan sebagai harta wakaf.
 
ii) Untuk memenuhi dan mematuhi peraturan syariah, JWZH hendaklah merujuk kepada syarat-syarat wakaf yang sedia ada.
 
3. Pemajakan Tanah Wakaf Kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
 
    Tanah wakaf boleh dipajak tetapi tidak boleh dijual.
 
4. Penjualan Pajakan Unit Kedai/Kediaman/Ruang Pejabat Yang Telah Dibangunkan Di atas Tanah  
    Wakaf
 
i) Unit-unit kediaman atau kedai yang dibina di atas tanah wakaf boleh dipajak kepada individu bagi tempoh jangka panjang.
 
ii) Syarat dan kaedah yang perlu dipatuhi supaya menepati keperluan syarak adalah berdasarkan Akad Pajakan (sewaan).
 
5. Status Kerajaan Persekutuan Dalam Pembangunan Tanah Wakaf
 
i) Kerajaan Persekutuan boleh dianggap sebagai pewakaf dengan syarat peruntukan yang disediakan untuk membangunkan tanah wakaf diniat untuk wakaf.
 
ii) Sebagai pewakaf, kerajaan berhak menentukan syarat-syarat harta yang diwakafkan. Sungguhpun begitu, perlantikan nazir tidak dibenarkan kerana bercanggah dengan Enakmen sedia ada.
 
6. Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JWZH) Sebagai Pemegang Amanah Dana Program Pembangunan
     Harta Wakaf RMK 9
 
JWZH boleh menjadi pemegang amanah dana Program Pembangunan Harta Wakaf RMK 9 melalui entiti wakaf kebangsaan yang akan ditubuhkan menerusi usahasama ekonomi dengan MAIN dengan syarat mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak di antara MAIN dan JWZH.
 
7. Pemegang Amanah Tunggal Wakaf
 
Isu MAIN sebagai pemegang amanah tunggal wakaf bukan merupakan isu syariah sebaliknya isu dasar yang melibatkan pentadbiran.
 
8. Wakaf Wang Tunai
 
   Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.
 
9. Pengecualian atau Remitan Cukai Tanah Terhadap Harta Wakaf.
 
    Harta wakaf wajar mendapat pengecualian daripada cukai.


Hukum Membangunkan Tanah Wakaf Khas Dengan Pembangunan Selain Daripada Niat Asal Pewakaf




Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Membangunkan Tanah Wakaf Khas Dengan Pembangunan Selain Daripada Niat Asal Pewakaf. Muzakarah telah memutuskan bahawa membangunkan tanah wakaf khas khususnya wakaf masjid dengan tambahan projek pembangunan atau beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang boleh ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.