Terma & Syarat
- Tarikh Kempen adalah seperti berikut :
Kempen Pertama bermula : 1 Julai 2013, berakhir : 31 Disember 2013.
- Kekalkan deposit sehingga 30 April 2014. - Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan Bank Islam yang baru dan sedia ada kecuali :
- Kakitangan tetap dan / atau kakitangan kontrak Bank Islam ;
- Keluarga yang hampir dengan kakitangan tetap dan/atau kakitangan kontrak Bank Islam (suami/isteri/anak-anak) ; atau
- Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan promosi) Bank Islam;
- Akaun Pelaburan-i Al-Awfar dan Akaun Simpanan-i Al-Awfar Junior
Sekiranya terdapat penyertaan yang telah disahkan oleh Bank Islam merangkumi kategori yang telah dinyatakan diatas hak pemenang hadiah adalah terbatal dengan serta merta dan pihak Bank Islam akan menentukan pemenang yang berhak keatas hadiah tersebut.Keputusan Bank Islam adalah muktamad, sebarang bantahan,pertanyaan atau apa jua berkaitan tidak akan dilayan.
- Kelayakan penyertaan:
- Deposit permulaan bagi akaun baru
- Penambahan deposit bagi akaun sedia ada
- Penambahan deposit selanjutnya
RM1,000
RM 1,000
Di dalam gandaan RM 1,000- Kelayakan Unit (EU)
- Pengiraan Unit Kelayakan
Formula:
Baki Akhir X Unit Bulanan = EU
RM 1000
Contoh:
RM 10,000 X 5 = 50 EU
RM 1000
Oktober 2013
X 5 Unit
November 2013
X 3 Unit
Disember 2013
X 1 Unit - Amaun deposit permulaan dan penambahan hendaklah dilakukan di dalam Akaun Simpanan-i Al-Awfar bermula dari tarikh :
1 Oktober 2013 hingga 31 Disember 2013 dan simpanan ini hendaklah dikekalkan sehingga 30 April 2014.
Amaun minima deposit permulaan bagi akaun baru dan penambahan deposit bagi akaun sedia ada adalah sebanyak RM1,000.
Tarikh undian akan dijalankan pada bulan Mei 2014 atau tarikh lain yang ditetapkan oleh Bank Islam.
- Setiap pelanggan yang mempunyai baki kurang daripada jumlah kelayakan dalam tempoh yang dinyatakan adalah tidak layak untuk menyertai kempen “Al-Awfar RM 3.2 Million Campaign: Fast Lane To Become A Millionaire” tetapi layak untuk undian bulanan dan suku tahunan Al-Awfar.
- Pelanggan sedia ada yang mempunyai baki kurang daripada jumlah kelayakan dan ingin melayakkan diri dalam Kempen ini perlu menambah amaun simpanan kepada jumlah yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Islam sebagaimana disebut dalam terma dan syarat Kempen.
- Pelanggan sedia ada yang mempunyai baki lebih daripada jumlah kelayakan dan ingin melayakkan diri perlu menambah amaun simpanan yang baru keatas amaun sedia ada sebagaimana disebut dalam terma dan syarat Kempen .
- Pelanggan yang layak hendaklah mematuhi syarat-syarat Kempen sebagaimana ditetapkan oleh Bank Islam. Bank Islam berhak membatalkan mana-mana penyertaan sekiranya syarat penyertaan yang tidak dipatuhi.
- Sebarang keputusan Bank Islam mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad. Tiada surat-menyurat, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan akan dilayan dalam apa jua keadaan.
- Bank Islam berhak untuk menggunakan nama dan gambar-gambar pelanggan atau pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti, tanpa sebarang kos atau pampasan.Bank Islam tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua kos, gantirugi, kehilangan, ugutan dan lain-lain hal disebabkan oleh penyertaan dalam Kempen ini.
- Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, pelanggan yang layak dengan ini bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat Kempen ini serta memberi persetujuan untuk membenarkan Bank Islam mendedahkan butir-butir peribadi mereka kepada wakil-wakil yang dilantik oleh Bank Islam untuk tujuan Kempen ini.
- Hadiah wang tunai di dalam Kempen ini tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada bentuk lain dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan. Pemilihan pemenang adalah mengikut budi bicara mutlak pihak Bank Islam dan dianggap muktamad. Sebarang pertanyaan,bantahan dan apa juga berkaitan dengannya tidak akan dilayan.
- Terma dan syarat ini akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan Kempen (termasuk, tanpa batasan poster atau risalah yang dicetak) serta sebarang bahan pengiklanan Kempen ini.
- Segala terma dan syarat ini adalah tambahan dan tanpa prejudis kepada terma dan syarat pembukaan Akaun Simpanan-i Al-Awfar yang sedia ada. Sekiranya berlaku pertikaian di antara terma dan syarat yang terkandung di sini dengan terma dan syarat dalam pembukaan Akaun Simpanan-i Al-Awfar, terma dan syarat ini akan digunapakai setakat berkaitan dengan Kempen ini.
- Melainkan apa yang dinyatakan secara spesifik,kesemua terma dan syarat yang merangkumi kesemua akaun yang layak didalam Kempen ini akan terus menjadi sah dan diterima pakai.
- Dengan mengambil bahagian didalam Kempen ini ,pelanggan bersetuju bahawa Bank Islam tidak bertanggungjawab keatas apa jua kerugian, kos, ganti rugi walau macam mana berlaku berkaitan atau berikutan dari Kempen ini.
Pelanggan sedia ada yang mempunyai baki kurang daripada jumlah kelayakan dan ingin melayakkan diri dalam Kempen ini perlu menambah amaun simpanan kepada jumlah yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Islam sebagaimana disebut dalam terma dan syarat kempen.
- Bilangan pemenang dan jumlah wang tunai di bawah Kempen ini adalah seperti berikut :akan menentukan pemenang seperti berikut :
Bilangan Pemenang Nilai Wang Tunai 3 RM 3,000,000 20 RM 200,000 - Pemenang di dalam Kempen ini akan dimaklumkan melalui surat dan/ atau menerusi panggilan telefon. Selain daripada kaedah pengumuman yang dinyatakan di atas,pemenang di dalam kempen ini akan dimaklumkan melalui laman web Bank Islam www.bankislam.com.my dan / atau akhbar-akhbar utama terpilih.
- Hadiah wang tunai akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan-i Al-Awfar dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pengumuman pemenang.
- 20. Bank Islam mempunyai hak mutlak untuk menambah, menggugurkan, membetulkan atau meminda mana-mana atau kesemua terma dan syarat Kempen ini pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat sebarang perubahan terma dan syarat Kempen ini, notis perubahan tersebut akan dipamerkan di premis-premis Bank Islam atau menerusi mana-mana jenis komunikasi lain yang Bank Islam anggap sesuai.
- Terma dan syarat serta Kempen ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Malaysia.
Soalan-Soalan Lazim
Peluang untuk memenangi RM 3.2 Juta :
Amaun deposit permulaan , penambahan dan deposit berikutnya dalam gandaan RM 1,000 layak untuk Kempen ini. Tempoh Kempen adalah seperti berikut:
Amaun deposit permulaan , penambahan dan deposit berikutnya dalam gandaan RM 1,000 layak untuk Kempen ini. Tempoh Kempen adalah seperti berikut:
Tarikh bermula : 1 Oktober 2013, berakhir : 31 Disember 2013. - Kekalkan deposit sehingga 30 April 2014. |
Bagi memperolehi peluang pelanggan untuk menjadi pemenang amaun simpanan hendaklah dikekalkan di dalam akaun Al- Awfar sehingga 30 April 2014.Undian akan dijalankan pada bulan Mei 2014 atau tarikh lain yang ditetapkan oleh Bank Islam dari masa ke semasa.
- Bagaimana untuk saya menyertai?
- Akaun Baharu
Anda perlu membuka Akaun Simpanan-i Al-Awfar jika anda tidak mempunyai akaun tersebut dengan Bank Islam dan deposit minimum RM 1,000 sebagai deposit permulaan. - Akaun sedia ada
Pelanggan sedia ada perlu menambah deposit minimum RM 1,000 keatas baki yang sedia ada.
- Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapat lebih peluang memenangi hadiah wang tunai?
Anda perlu konsisten mendeposit dalam gandaan RM 1,000 dalam tempoh Kempen untuk mendapat lebih peluang memenangi hadiah wang tunai. - Di mana saya boleh mendeposit / menambahkan wang di dalam Akaun Simpanan-i Al-Awfar saya?
Penambahan deposit boleh dilakukan melalui semua saluran (Cawangan / CDM / ATM / Perbankan Mudah Alih-i TAP/ Perbankan Internet)
- pakah kelayakan saya untuk undian di bawah Kempen ini jika saya menyimpan RM 10,000 dalam akaun Al-Awfar?
Kelayakan undian anda dikira seperti berikut:Bulan Kiraan Kelayakan Deposit tambahan di bulan Okt 13 RM 10,000 = 10 unit
RM 1,000
10 unit x 5 = 50 EUDeposit tambahan di bulan Nov 13 RM 10,000 = 10 unit
RM 1,000
10 unit x 3 = 30 EUDeposit tambahan di bulan Dis 13 RM 10,000 = 10 unit
RM 1,000
10 unit x 1 = 10 EU
- Dengan menyertai kempen ini adakah saya juga layak menyertai undian untuk undian biasa Al Awfar untuk setiap bulan dan suku tahun?
- Ya, pelanggan boleh menyertai dan layak untuk undian bulanan dan suku tahunan sewaktu menyertai Kempen ini.
- Ya, pelanggan boleh menyertai dan layak untuk undian bulanan dan suku tahunan sewaktu menyertai Kempen ini.
- Berapa lama tempoh kempen?
Kempen bermula: 1 Oktober 2013 dan berakhir 31 Disember 2013.
Walaubagaimanapun, Bank Islam berhak melanjutkan tarikh tamat Kempen jika Bank Islam fikirkan sesuai.
- Adakah saya dibenarkan untuk mengeluarkan wang simpanan saya semasa tempoh Kempen?
Ya, anda dibenarkan mengeluarkan wang simpanan sewaktu Kempen berjalan tetapi akan mengurangkan peluang anda untuk memenangi hadiah. - Berapa ramai pemenang di dalam kempen ini?
Bilangan pemenang dan jumlah wang tunai di bawah Kempen ini adalah seperti berikut:Bilangan Pemenang Nilai Wang Tunai 3 RM 3,000,000 20 RM 200,000 - Bilakah tarikh Undian?
Undian Kempen “Al-Awfar RM 3.2 Million Campaign: Fast Lane To Become A Millionaire” akan diadakan pada bulan Mei 2014.
Walaubagaimanapun, Bank Islam berhak menukar tarikh undian ke tarikh lain jika difikirkan perlu
- Sekiranya saya seorang pemenang, bagaimanakah saya akan dimaklumkan?
Pemenang Hadiah akan dimaklumkan melalui pos dan / atau panggilan telefon. Selain daripada kaedah pemberitahuan yang disebutkan, senarai pemenang hadiah akan dimaklumkan melalui laman web Bank Islam www.bankislam.com.my dan / atau akhbar-akhbar utama terpilih.
- Bagaimanakah hadiah wang tunai dibayar?
Hadiah wang tunai akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan-i Al-Awfar dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pengumuman pemenang.
- Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan maklumat lanjut tentang Kempen ini?
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana cawangan Bank Islam atau hubungi kami di 03 26900 900 atau layari laman web kami di www.bankislam.com.my
Nota *Akaun Pelaburan-i Al-Awfar dan Akaun Simpanan-i Al-Awfar Junior tidak termasuk di dalam kempen ini.
PEMENANG 1 JUTA TAHUN LEPAS
Bank Islam Al-Awfar’s Instant Millionaire Receives Her Cash | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
kd shoes
ReplyDeleteyeezy boost
curry 6 shoes
off white hoodie
paul george shoes
jordan 11
supreme new york
nike dunks
off white hoodie outlet
off white clothing
kyrie 7 shoes
ReplyDeletehermes bag
off white nike
nba star shoes
hermes outlet