KUALA LUMPUR – Sebanyak 56 syarikat pelaburan haram telah disenarai hitam Bank Negara Malaysia (BNM) selepas didapati mengaut keuntungan lebih puluhan bilion ringgit daripada kegiatan itu sejak empat tahun lalu.
Namun, ada sebahagian daripada syarikat berkenaan dikatakan masih aktif menjalankan kegiatan pelaburan termasuk dengan menukar nama syarikat bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Antara jenis pelaburan yang sering digunakan bagi memperdaya rakyat negara ini adalah pelaburan berbentuk emas, simpanan dana, pertukaran mata wang asing dan harga komoditi.
Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid berkata, senarai itu dikeluarkan berdasarkan laporan yang dibuat oleh mangsa yang juga pelabur kepada BNM selepas gagal memperoleh pulangan yang dijanjikan syarikat berkenaan.
Katanya, sikap tamak sebahagian pelabur yang mahu memiliki kekayaan dengan cara mudah menyebabkan mereka senang ditipu sehingga sanggup mengeluarkan wang simpanan bernilai ratusan ribu ringgit.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4ArkLFzkw
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment